JellyPages.com

Monday 27 May 2013

Pyssla: Suatu aktiviti kreatif

Assalamualaikum dan helo^__^
Kali ini, saya hendak berkongsi hobi baru saya :)
Baru-baru ini, tiba-tiba hati tergerak untuk menggunakan Pyssla sedangkan sudah lama berada di rumah.
Apa itu Pyssla? Pyssla ni macam manik-manik yang berwarna-warni yang boleh digunakan sebagai hiasan.
Pyssla ini sebenarnya suatu produk keluaran IKEA. Satu bekas Pyssla ini berharga lebih kurang RM 22.


Inilah gambar Pyssla tersebut. Sekarang kita lihat pula apa yang Pyssla ni boleh buat...


Manik-manik dalam bekas tadi saya telah susun untuk membentuk huruf. Apabila telah siap disusun, saya akan iron bahagian atas manik-manik tersebut supaya cair dan boleh melekat. Walau bagaimanapun, semasa iron perlulah ada sehelai kertas khas untuk mengelakkan daripada manik tersebut melekat pada seterika.


Setelah sejuk, saya akan tanggalkan kertas tersebut dan ia akan menjadi bentuk seperti di atas. Menarik kan? Ini nama yang kawan saya tempah. Terdapat macam-macam bentuk lagi yang boleh dibuat seperti gambar di bawah.




Sampai di sini sahaja post saya pada kali ini. Sesiapa yang berminat bolehlah jadikan Pyssla ini sebagai hobi baru anda. Hendak tempah dengan saya pun boleh, hehe. Sekian, terima kasih.



Monday 20 May 2013

Jawapan yang MUNGKIN anda jawab semasa exam~

Assalamualaikum dan helo semua!
Kali ini saya beri lagi sambungan komik SPM saya...
Ya, sebenarnya komik ini saya sudah lama lukis dan saya  dah pun letak di deviantart.
Mungkin ada di antara anda pernah membaca komik ini, tapi saya letak lagi di blog supaya orang lain juga boleh baca^^
Saya juga dah edit supaya lebih besar. Kalu ada masa saya akan edit balik gambar2 yang lain tu.
Ok, enjoy~~


Ulang kali Bio sebentar:)
Mendel's First Law states: A characteristic of an organism is controlled by a pair of alleles. From this pair of alleles, only one is present in a single gamete.


Friday 10 May 2013

Anda mungkin pernah lakukan ini...hehe

Assalamualaikum dan helo semua.
Ini sambungan komik SPM saya sebelum ini.
Mungkin anda pernah lakukan semasa exam? hehe
Jangan lakukan perkara ini ya...
Akan bersambung lagi...sekiranya anda ada cerita menarik semasa sekolah...bolehlah share dgn saya. Mungkin saya boleh jadikan dalam bentuk komik macam ni...
Selamat membaca^__^


Thursday 9 May 2013

Hetalia Fanbook: Austria x Hungary x Prussia

Assalamualaikum and Hello!
Currently I'm busy drawing my first fanbook^^
As I love anime Hetalia very much, I decided to make fanbook about Austria, Hungary and Prussia!
They are my favourite characters in the series.
If you do not know about Hetalia, it is actually an anime about the countries all over the world, but in human form. You may try to watch it as it is really interesting to watch the country react with each other.
So, for the fanbook, I'm showing you some of the preview. The girl is Hungary and the one that playing the piano is Austria. Prussia? Hehehe...he's to awesome for a preview muehehehe. Just wait for him okay?
Anybody interested to read it?




credits for screentones:
http://psychobob.xepher.net/screentonez/
http://shounenaigo.comicgenesis.com/tone/
deviantart: vampire-resource

Hetalia Axis Power originally by Himaruya Hidekaz
Art by me (warnawani)^____^


Monday 6 May 2013

Malaysia terus maju InsyaAllah



Malaysia. Tanah airku.
Tidak kira siapa yang menang pada PRU-13 ini, saya mendoakan agar mereka dapat memajukan negara ini dari segi lahiriah dan rohaniah. Rakyat Malaysia yang lain diharap dapat turut membantu dalam memajukan negara ini dari pelbagai aspek. Semoga Malaysia terus membangun seiring dengan negara luar tanpa mengabaikan tuntutan agama InsyaAllah.
Saya sayang Malaysia.



Axis Powers Hetalia Malaysia character by Himaruya Hidekaz
Art by me.


Thursday 2 May 2013

Komik SPM: Page 3

Assalamualaikum dan helo!
Ini sambungan komik saya sebelum ini.
Kali ini saya masukkan tentang Ferdinand de Magellan dan Panglima Awang.
Semoga anda belajar sesuatu yang baru^__^



Sorry sebab kualiti gambar tak bagus..huhu
Tunggu page seterusnya ya!



Wednesday 1 May 2013

Komik saya: SPM

Assalamualaikum dan helo semua.
Sekiranya sudi, marilah baca komik saya.
Tajuknya, SPM: Soalan Paling "Mudah"
Anda dapat menghiburkan diri sambil menimba ilmu, cewah :D
Watak-wataknya menggunakan nama-nama subjek SPM.
Sesetangah watak saya gabungkan sekali kerana subjeknya berkaitan seperti Math dan Pai.

Watak-watak:

BM: Bahasa Melayu
BI: Bahasa Inggeris
Math: Matematik Moden, Matematik Tambahan
Bio: Biologi
Fizik: Fizik
Kimia: Kimia
Pai: Pendidikan Agama Islam, P. Al-Quran & Al-Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah
Sejarah: Sejarah


Page 1



 Page 2

Page seterusnya akan bersambung kemudian. Terima kasih!

Karya saya: Muslimah Empat Musim


Saya sangat suka melukis.
Ada sesiapa ada hobi seperti saya?
Salah satu karya saya: Muslimah Empat Musim
Sebenarnya, ini adalah karya saya buat kawan-kawan saya semasa bersekolah di Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima. Kami sangat rapat dan sentiasa bersama-sama ke mana sahaja semasa di sekolah. Sebagai tanda ingatan, saya telah fotostat gambar ini dan berikan kepada mereka sebagai kenangan sampai bila-bila.
Terima kasih, kawan. Moga jumpa lagi.


Assalamualaikum

Assalamualaikum dan hello!
ini pertama kali saya tulis blog.
sila tunjuk ajar
terima kasih.