JellyPages.com

Monday 27 May 2013

Pyssla: Suatu aktiviti kreatif

Assalamualaikum dan helo^__^
Kali ini, saya hendak berkongsi hobi baru saya :)
Baru-baru ini, tiba-tiba hati tergerak untuk menggunakan Pyssla sedangkan sudah lama berada di rumah.
Apa itu Pyssla? Pyssla ni macam manik-manik yang berwarna-warni yang boleh digunakan sebagai hiasan.
Pyssla ini sebenarnya suatu produk keluaran IKEA. Satu bekas Pyssla ini berharga lebih kurang RM 22.


Inilah gambar Pyssla tersebut. Sekarang kita lihat pula apa yang Pyssla ni boleh buat...


Manik-manik dalam bekas tadi saya telah susun untuk membentuk huruf. Apabila telah siap disusun, saya akan iron bahagian atas manik-manik tersebut supaya cair dan boleh melekat. Walau bagaimanapun, semasa iron perlulah ada sehelai kertas khas untuk mengelakkan daripada manik tersebut melekat pada seterika.


Setelah sejuk, saya akan tanggalkan kertas tersebut dan ia akan menjadi bentuk seperti di atas. Menarik kan? Ini nama yang kawan saya tempah. Terdapat macam-macam bentuk lagi yang boleh dibuat seperti gambar di bawah.




Sampai di sini sahaja post saya pada kali ini. Sesiapa yang berminat bolehlah jadikan Pyssla ini sebagai hobi baru anda. Hendak tempah dengan saya pun boleh, hehe. Sekian, terima kasih.



2 comments:

  1. like~
    wani,
    seyesly sy cdgkan ko wat butang LIKE
    n CHATBOX gak.
    plez consider.....................

    ReplyDelete