JellyPages.com

Tuesday 4 June 2013

The World Isn't as Bad as You Think.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Jika anda kata dunia ini sangat teruk, benarkah?
Pada saya, dunia ini bukanlah seteruk yang disangka. 

Memang benar, dunia sudah semakin tua. Dan keburukan berlaku di mana-mana sahaja.
Kes ragut. Seluk saku. Culik. Penipuan. Dan pelbagai lagi perkara yang tidak disenaraikan di sini.
Namun, dalam keburukan yang semakin parah ini, kadangkala kita tidak sedar bahawa masih ada lagi yang mahu menegakkan kebenaran. Walaupun apa yang dilakukannya hanyalah perkara kecil. Dan orang-orang seperti ini semakin lama semakin sukar untuk dijumpai.
Saya ingin menceritakan tentang peristiwa yang saya lalui semasa berjalan-jalan di Times Square semalam.

Semasa saya sedang menaiki lif, saya tidak sedar bahawa beg tangan saya terbuka luas sehingga kelihatan isi-isi di dalam beg saya seperti dompet dan sebagainya. Lif itu pula penuh sesak dengan orang ramai. Dalam keadaan saya yang tidak sedar itu, tiba-tiba seorang lelaki cina di belakang saya menegur saya:

Lelaki cina: Miss, your bag is open.
Saya: Oh, sorry! Thank you!

Saya sungguh terharu kerana lelaki tersebut sudi menegur saya. Ya, tentu anda rasa ianya hanyalah perkara kecil. Namun, perkara kecil tersebut boleh sahaja menjadi besar sekiranya tiada sesiapa yang menegur saya. Sekiranya pada masa yang sama terdapat seorang penyeluk saku di situ, sudah tentu saya akan kehilangan dompet saya tanpa disedari. Jika dilihat oleh orang lain, belum tentu lagi orang lain akan membantu anda. Dalam dunia yang semakin tua ini, manusia mungkin lebih mementingkan diri sendiri.

Situasi ini telah menyebabkan saya berasa bahawa dunia ini bukanlah seteruk yang disangka.
Malah, saya berasa bersyukur kerana diberi peluang oleh Allah S.W.T untuk melihat alam ini.
Oleh itu, saya ingin menyeru kepada semua bahawa marilah kita sama-sama melakukan kebaikan walaupun kecil kerana kita tidak tahu impaknya sama ada kecil ataupun besar.

And also, to make the world a better place. and hereafter.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment